fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video dikatakan mirip seorang pelakon baru sedang ghairah bercium di sebuah kelab malam.

Difahamkan, video tular di aplikasi TikTok itu netizen mendakwa ianya dimuat naik oleh kekasihnya yang turut meluahkan rasa kecewanya.

Menerusi video itu, wanita berkenaan berkata dia sentiasa bersama aktor tersebut ketika susah senang namun apabila lelaki itu sudah senang ini balasan diterimanya.

@zirah370

tak mintak lebih mintak dihargai Sahaja?#bukanlelakiterhebat #foryoupage #f #foryoupage #trending #tiktokmalaysia #foryou #tiktok #fyp? #fypage #fyp

? original sound – AmyliA RosnAdiA ? – Nadiyaa032

Malah, wanita itu turut bertanyakan dimana janji aktor itu yang mahu mengikat tali pertunangan dengannya pada tahun ini.

“Susah senang bersama, bila dah senang, balasan macam ni yang dapat. Mana janji awak nak tunang tahun ni? Ini ke kejutan yang awak nak beri pada saya!”tulisnya.

“Sakit sangat awak balas jasa saya! Kepada perempuan itu, saya harap awak jaga dia macam mana saya jaga okey?” tulisnya.

Memetik portal BOOM, lelaki berkenaan adalah mirip seorang pelakon lelaki baru pelakon yang pernah membintangi siri Leftenan Zana.