Berita Harian melaporkan Azmil Mustapha, 65 tahun telah meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Berita pemergian Azmil dikongsi anak lelaki tunggalnya, Mohd Bazli.


“Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami. Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,” katanya.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, kesihatan Azmil yang banyak popular melalui filem-filem era 1980-an seperti Ali Setan, dilaporkan merosot dan pernah dilaporkan kritikal. Takziah buat keluarga Allahyarham dan sama-samalah kita doakan kesejahteraan beliau di sana.