fbpx

Pelakon Azah Aziz Dikecam Sokong Kempen LGBT

Sudah lama rasanya kita tak dengar cerita mengenai pelakon Azah Aziz yang terkenal di era 90-an. Sudah hampir dua dekad menetap di Montreal, Kanada, pasti ramai yang rindukan lakonan pelakon berbakat ini.

Namun, baru-baru ini pelakon itu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik fotonya mengikuti perarakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Instagram.

Seperti sudah dijangka, pelakon itu dikecam teruk oleh netizen. Malah, netizen turut kecewa dengan tindakannya kerana sebagai seorang Muslim tidak sepatutnya menyokong perkara yang bertentangan dengan Islam.

Tidak hanya berdiam diri, Azah membalas komen netizen menegaskan setiap orang mempunyai hak mereka masing-masing dan dia berhak sepenuhnya ke atas akaun Instagramnya itu.

Kata netizen lagi, mereka hanya menasihatinya kerana menjadi tanggungjawab mereka untuk saling mengingatkan sesama Islam. Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan Azah itu.

Azah Aziz sudah 18 tahun menetap di negara itu selepas mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy serta tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin.