fbpx

Pekin Ibrahim Sokong Kempen Terajang Cermin Sisi Kereta

Baru-baru ini kecoh di laman sosial media mengenai kempen terajang cermin sisi kereta oleh penunggang motosikal dan melalui Kosmo! Online, pelakon Pekin Ibrahim berterus terang menyatakan bahawa dia menyokong kempen tersebut.

BACA: Pekin Ibrahim Terkejut Berita Sudah Meninggal Dunia

Mengakui tindakan tersebut adalah kasar, namun pelakon ini melihat perkara tersebut mampu memberi kesedaran kepada pengguna kenderaan lain agar tidak menggunakan lorong kecemasan ketika kesesakan lalu lintas.

“Memang benar saya menyokong kempen tersebut kerana itu salah satu cara terbaik untuk mendidik pengguna kereta serta kenderaan lain supaya tidak menggunakan lorong kecemasan ketika kesesakan lalu lintas”

“Tindakan menggunakan lorong kecemasan bukan sahaja mengundang masalah seperti ambulans lewat tiba andai ada kemalangan tetapi juga membahayakan penunggang motosikal”

“Ingin ditegaskan, saya hanyalah menyokong kempen tersebut untuk menyedarkan orang ramai bukannya sokong tindakan menendang cermin sisi kereta. Sokong kempen dan perbuatan itu berbeza. Saya juga tidak pernah menendang cermin sisi kereta orang lain,” jelasnya kepada akhbar tersebut.

Berikutan dengan sokongannya terhadap kempen tersebut, Pekin menyatakan bahawa tidak ada pihak yang marah dengan tindakannya itu selain berharap orang ramai tidak menggunakan lorong kecemasan atas kepentingan diri sendiri. (rtky/s)