fbpx

Selepas Uqasha Senrose berikan kenyataan menafikan gossip putus cinta, Pekin Ibrahim pula tampil mengesahkan yang hubungan mereka cinta masih berjalan seperti biasa dan tiada masalah.

BACA: Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim Putus Cinta?

“Memang kebelakangan ni status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat — sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun,” ujar Pekin Ibrahim.

Kenyataan Pekin Ibrahim itu merujuk kepada status Uqasha Senrose di media sosial sejak kebelakangan ini yang menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka kini mempunyai masalah.

Pelakon ini turut menambah yang orang mula berspekulasi mungkin kerana ada beberapa keping gambar mereka berdua telah pun di’padam dari laman sosial kerana menampakkan suasana ketika merisik.

“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini,” kata Pekin Ibrahim tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut.