Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai khabar angin serta dakwaan Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar telah bercerai.
Memetik Utusan Online, peguam yang pernah mewakili pengarah sensasi Syamsul Yusof, Azmi Mohd. Rais memberikan respon mengenai dakwaan berkenaan.
BACA: Syamsul & Ira Didakwa Sudah Bercerai, Kazar Bagi Jawapan Ringkas
Azmi berkata dia tidak dimaklumkan apa-apa berhubung isu tersebut dan memilih untuk tidak memberi komen lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.
“Jujur saya memang tidak tahu apa-apa. Dari tadi beberapa wartawan ada hubungi saya. Tapi saya memang tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” katanya.
Sebelum ini kecoh apabila spekulasi itu hangat diperkatakan dakwaan bekas madu kepada pelakon wanita diceraikan oleh suaminya menerusi WhatsApp.
Terdahulu, sebuah blog hiburan berkongsikan si isteri yang juga anak kepada pelakon veteran didakwa diceraikan menerusi WhatsApp saja dan dihalau daripada rumah.
Susulan khabar angin yang bertebaran itu, ruangan komen Instagram bekas isteri kepada Syamsul iaitu Puteri Sarah turut dihujani pertanyaan netizen mengenai dakwaan berkenaan.