fbpx

“Patut Tukar Dewi Remaja Jadi Muslimah Remaja”

Susulan kontroversi berparti dan mengambil alkohol di kelab malam tempoh hari, gelaran Haneesya Hanee sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 telah ditarik balik oleh pihak penganjur kerana didapati telah melanggar kontrak serta syarat-syarat penyertaan pertandingan tersebut.

Biarpun rata-rata netizen di media sosial mahukan agar kejuaraan itu dilucutkan, namun ada yang kurang bersetuju dengan penarikan gelaran tersebut serta menganggap keputusan itu tidak adil.

BACA: Netizen Tanya Alicia Amin Memang Tak Suka Pakai Bra Ke?

Menerusi Insta Story, model kontroversi, Alicia Amin turut meluahkan rasa tidak puas hati serta mempertikaikan keputusan tersebut jika gelaran itu ditarik balik kerana video kontroversi Haneesya berparti sakan dan meminum arak.

“Jika Dewi Remaja menarik balik gelaran tersebut kerana hal ini, mereka patut tukar gelaran itu kepada “Muslimah Remaja”. Tak payah nak acah muslimah sangat la. Ini adalah hiburan,” tulisnya.

Untuk rekod, Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, hanya sempat memegang status Gelaran Dewi Remaja selama 72 jam sahaja dan merupakan paling tersingkat dalam sejarah penganjuran pertandingan tersebut.