fbpx

“Parti Birthday Tema Mermaid Aaisyah Yang Minta”

Baru-baru ini, berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang keempat tahun bertemakan Duyung atau Mermaid. Bagaimanapun, pakaian Mermaid yang dipakai oleh anak kepada pelakon Rozita Che Wan itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

Ini bukan kali pertama cara pemakaian si kecil itu menjadi bualan ramai. Rata-rata netizen berpendapat, tidak salah untuk mengadakan majlis hari jadi dengan tema apa sekalipun, tetapi seeloknya jika sesetengah gambar yang dirakamkan tidak perlu dimuatnaik di media sosial.

BACA: “Risau Tengok Gambar Aaisyah, Ramai Yang Pelik Pelik”

Ada netizen turut menasihati Rozita Che Wan agar lebih berhati-hari jika memuatnaik gambar Aaisyah kerana bimbang ianya mungkin mengundang bahaya pada anaknya lebih-lebih lagi kepada golongan pedofilia.

Bagaimanapun, menerusi Instagram, Rozita Che Wan menjelaskan tema hari jadi Mermaid itu adalah pemintaan Aaisyah sendiri dan walaupun ramai yang mengecam, anak perempuannya itu ternyata gembira dengan majlis tersebut serta menghargai apa yang dilakukan oleh ibunya.

Che Ta juga turut menyelar netizen yang mengecamnya dengan mengatakan bahawa mereka iri hati kerana tidak berpeluang merasai sambutan majlis hari jadi seperti itu.

Walaupun teguran netizen dilihat agak kasar namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan. Apa pun, sebagai ibu pasti tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada anak mereka.