fbpx

“Pantang Nampak Perempuan, Terus Terkam Macam Naga”

Pelakon Rozita Che Wan antara selebriti yang lantang bersuara lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan isu rumah tangga dan wanita perampas. Sebelum ini Che Ta pernah memberitahu secara jujurnya dia sangat bencikan wanita yang sanggup menghancurkan rumah tangga wanita lain.

Baru-baru ini, menerusi Instagram miliknya, Che Ta meluahkan rasa geramnya dan mengkritik sesetengah lelaki yang pantang nampak wanita lain walaupun sudah bergelar suami dan memiliki isteri yang cantik.

BACA: “Pantang Tengok Laki Orang Elok Sikit, Mula Nak Rampas”

Che Ta juga mempersoalkan mengapa lelaki berperangai sebegitu walaupun sudah mempunyai isteri yang cukup sempurna dan menyamakan lelaki miang seperti seekor naga yang mahu menerkam wanita.

Persoalan itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang berpendapat sudah fitrah seorang lelaki untuk bersikap begitu. Namun ramai yang mengatakan lelaki seperti itu sebenarnya tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Che Ta geram dengan siapa tu sampai samakan lelaki gatal dengan naga. Apa pun, tak semua lelaki miang, masih ramai lelaki yang setia diluar sana.