Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai laporan dimana terdapat segelintir golongan selebriti dan Instafamous yang dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 satu malam dalam sindiket pelacuran kelas atasan.

Tidak menafikan perkara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata dengan peluang kerja terhad ditambah dengan stuasi pandemik COVID-19 mungkin menjadi punca artis terlibat dalam sindiket berkenaan.

BACA: Seniman Percaya Ada Selebriti Terbabit Sindiket Pelacuran Kelas Atasan

Katanya lagi, golongan selebriti berkenaan cuba mencari kemewahan secara mudah terutama untuk dipamerkan di media sosial sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa.

“Sebabnya sekarang cabaran kita ialah media sosial. Mereka menggunakan media sosial untuk menunjukkan kemewahan yang tidak setara dengan pendapatan mereka.

“Ia sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terbabit dengan perkara itu. Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air,” katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata mereka mempunyai nama beberapa artis dan instafamous popular tanah air namun senarai tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.

Pihak pihak SPRM juga kini sedang memantau media sosial artis-artis dan instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa.