fbpx

Pandang Pertama: Ashton Kutcher Dalam Persalinan Sebagai Steve Jobs

Sebelum Steve Jobs pergi meninggalkan kita semua pun, banyak cakap cakap sudah kedengaran mengatakan Ashton Kutcher merupakan calon terbaik untuk membawakan kembali watak ikon hebat Apple itu ke layar perak.

TMZ hari ini melaporkan yang mereka menerima set gambar pertama Ashton Kutcher dalam persalinan normal Steve Jobs ketika beliau masih hidup dan ketika beliau mula membina syarikat gergasi yang kita kenal hari ini, Apple.

Mengenakan turtleneck hitam, seluar jeans & kasut sneakers berjenama New Balance, Ashton Kutcher di’lihat dalam karakter penuh Steve Jobs ketika dilokasi penggambaran filem biografi Steve Jobs di sekitar Los Angeles.

Filem biografi yang sedang menjalani penggambaran ini masih belum mempunyai tajuk akhir tetapi kini ia di’kenali sebagai Jobs: Get Inspired yang akan mengisahkan perjalanan hidup Steve Jobs ketika muda.