fbpx

“Pandai Sukan, Pandai Berlakon, Hensem Pula Tu”

Diberi gelaran ‘Tall, Dark, Handsome’, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sentiasa menjadi perhatian dan idola anak muda.

Populariti KJ memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Bukan saja hebat bersukan, sebelum ni macam-macam watak dah KJ berlakon.

Pernah jadi pemandu teksi, penjual ayam percik, bangla kutip sampah, kali ini jadi tukang masak.

Sempena sambutan tahun baru Cina ini, beliau menjayakan sebuah video pendek bersama anaknya. Rata-rata netizen memuji bakat terpendam KJ yang dikatakan pandai berlakon.

Ada juga yang mengatakan KJ antara menteri yang bijak mengambil hati rakyat.

Manalah tahu, KJ tiba-tiba nak terjun dalam bidang lakonan pula ke. Mesti ramai peminat.

Sumber: Instagram KJ