Perkongsian pelakon Datin Intan Najuwa menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video membeli barangan mewaj jenama Hermes untuk kegunaan menunggang kuda.
Bagaimnapaun, perkongsian Intan itu membuatkan netizen kurang senang sehingga ada menuduh pelakon itu riak serta mendakwa bangga selepas berkahwin dengan lelaki kaya.
BACA: Intan Najuwa Isteri Mithali, Tetap Masak Ketika Bercuti Di New Zealand
@intannajuwaaa ???
Komen individu itu mendapat perhatian Intan yang tidak hanya berdiam diri serta menegaskan barangan tersebut adalah dibeli menggunakan duitnya sendiri.
Kata Intan lagi bukan semua barangan mewah dibeli oleh suaminya, Datuk Azraf Azman kerana dia juga mampu untuk membelinya.
Sementara itu, rata-rata netizen teruja apabila kuda juga dipakaikan barangan jenama mewah serta ada yang mengatakan kekayaan dimiliki pelakon itu tahap lain.