Umum mengetahui, pelakon Datin Intan Najuwa kini sedang bercuti bersama suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman di New Zealand.
Menerusi perkongsian di TikTok, Intan dilihat ada memuat naik video memasak pelbagai jenis lauk untuk suaminya. Kata Intan, pelbagai menu dia sudah masak sehingga buntuk untuk masak lauk apa lagi.
BACA: Suami Intan Najuwa Buat Kejutan ‘Angkut’ 2 Trak Kuda Ke New Zealand
Sementara itu, Intan turut meluahkan rasa syukur barangan halal mudah di dapati di negara tersebut serta pasaraya menjual barangan halal.
@intannajuwaaa Gi la jauh mana pun, tetap kena masak ye ? Macam macam menu dah ni sampai dah buntu nak masak apa. ? So grateful for the halal market here, kicap kipas udang pun ada k ?
“Pergi la jauh mana pun, tetap kena masak ye. Macam macam menu dah ni sampai dah buntu nak masak apa. So grateful for the halal market here, kicap kipas udang pun ada,” tulisnya.
Perkongsian Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan Asraf sangat bertuah dikurniakan isteri yang mempunyai pakej lengkap.
Kata netizen lagi, Intan bukan saja cantik dan bijak tetapi pandai menjaga perut suami serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.