fbpx

Pakai Tudung Sarung Di Jerman, Fazura Dipuji Cantik

Sebut saja nama Fazura, pasti ramai tahu tudung keluaran selebriti popular itu sememangnya menjadi rebutan ramai dan pasti akan habis dijual sebaik sahaja ianya dilancarkan. 

Baru-baru ini, Fazura berkongsikan fotonya sekeluarga bercuti ke Jerman. Menurut Fazura ianya percutian musim sejuk pertama buat puteri kesayangannya, Fatima.

BACA: Bagi Anak Makan Coklat, Fazura Anggap Diri Teruk

Apa yang pasti, penampilan Fazura sememangnya menjadi perhatian ramai. Meskipun tampil ringkas, namun selebriti itu tetap kelihatan cantik. 

Malah, turut menjadi bualan ramai adalah tudung sarung yang dipakai oleh Fazura ketika bercuti di Jerman. Kata netizen kecantikan Fazura menyerlah meskipun bertudung sarung.

Tidak kurang juga, ada netizen membandingkan diri mereka dengan Fazura dimana pasti akan menyangkakan diri mereka bibik jika memakai tudung sarung seperti itu.