Pelakon dan usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa dengan tindakannya apabila memberi ‘umpan’ coklat pada anaknya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazura berkata dia terpaksa memberikan coklat kepada Fatima kerana mahu mengalihkan tumpuan anaknya yang menangis selepas disuntik.
BACA: Netizen Teruja Fazura & Athisha Khan Bertegur Sapa
View this post on Instagram
“Selesai mengambil vaksin influenza. Ini saya sebagai ibu bapa yang teruk sebab cuba tenangkan anak dengan coklat,” tulisnya.
Dalam video dikongsikan, Fatima dilihat menangis sambila memeluk ibunya kerana ketakutan sewaktu mendapatkan suntikan vaksin influenza. Kemudian, Fazura dilihat mengeluarkan coklat dari dalam beg dan diberikan kepada Fatima.
Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat tindakan Fazura itu adalah wajar dan tidak salah.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen memberikan kata-kata semangat buat Fazura dengan mengatakan selebriti itu merupakan seorang ibu yang baik dan hebat buat Fatima.
Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.