Jika sebelum ini pelakon Tasha Shilla pernah memeriahkan industri hiburan tanah air kerana berpakaian seksi, baru baru ini pakaian Tasha sekali lagi menarik perhatian selain turut mendapat reaksi berbeza dari pengguna laman sosial.

BACA: Tasha Shilla Mahu Ubah Diri Tanpa Paksaan Sesiapa

Niat Tasha untuk berkongsikan gambar busana yang dipakainya dalam satu majlis baru baru ini menampakkan bahagian belakang badan. Ada peminat yang memuji kecantikan busana tersebut dan ada juga yang menyindir dengan sinis apa yang digayakan oleh pelakon tersebut.

Tasha sebelum ini mengakui bahawa tidak mahu lagi menimbulkan sebarang kontroversi malah mahu berubah tanpa paksaan sesiapa. Jika dilihat kebanyakan kontroversi sebelum ini adalah melibatkan penampilan Tasha yang berani menggayakan pakaian seksi.

Apa pun, semoga pelakon wanita ini mampu menempuhi segala caci maki peminat yang masih tidak dapat melupakan kontroversi sebelum ini. Bukan mudah untuk bangkit dari kejatuhan dan tidak mustahil juga Tasha mampu mengharumkan kembali namanya di persada seni tanah air. (rtky/s)