fbpx

Pakai Gaun Seksi, Jasmine Suraya Rasa Macam Bollywood Princess

Penampilan pelakon Jasmine Suraya menjadi perhatian ramai apbila tampil dengan mengenakan gaun seksi menampakkan lurah ketika menghadiri sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

Memetik Malaysia Kini, Jasmine berkata dia enggan ambil pusing dengan kecaman dilemparkan terhadapnya berhubung gaun seksi berharga puluhan ribu ringgit yang dipakainya itu.

BACA: Jasmine Suraya Mengalir Air Mata Pertama Kali Hadir Kelas Agama Islam

Menurut Jasmine, gaun itu direka khas buatnya oleh seorang pereka tempatan yang juga pernah mencipta baju untuk penyanyi Ariana Grande.

“Gaun ini direka khas untuk saya dan anda tidak akan dapat saksikannya disarungkan oleh orang lain.

“Materialnya adalah seratus-peratus kain sutera serta butiran hiasannya dijahit dengan tangan.

“Saya sukakan rekaannya yang juga menampilkan helaian cape yang meleret panjang, rasa macam Bollywood princess bila berjalan di atas karpet merah,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine berpendapat semua individu berhak memberikan pendapat mereka dan gembira kerana menerima banyak pujian berkenaan gaun tersebut.

“Saya dah baca setiap komen positif mahupun negatif tentang baju itu. Saya sebenarnya gembira juga bila dapat banyak pujian dan teruja apabila visi saya dan pereka dapat dijayakan dengan terhasilnya gaun yang cukup indah ini,” katanya.