fbpx

Jasmine Suraya Mengalir Air Mata Pertama Kali Hadir Kelas Agama Islam

Pelakon Jasmine Suraya berkata dia mengalirkan air mata apabila kali pertama dijemput menghadiri kelas agama Islam pada Ogos lalu.

Memetik mStar Online, Jasmin berkata dia menangis kerana teringat kisah silam serta kehadirannya diterima baik meskipun dia bukan beragama Islam.

BACA: “Saya Suka Pakai Hijab, Rasa Tenang” – Jasmine Suraya

“Saya masih ingat kali pertama hadir ke kelas agama itu saya menangis tetapi selepas itu timbul rasa puas dalam diri, saya rasa senang mengikuti kelas berkenaan kerana tidak rasa dihakimi selain seronok dapat bersama rakan-rakan dan boleh berkongsi apa sahaja.

“Bagi saya, apa saja yang kita baut di dalam duni ini ia sentiasa kembali dengan 99 nama Allah, itu yang buatkan saya rasa gembira dan selamat.

“Saya juga belajar bahawa dalam agama tidak perlu menghakimi seseorang. Kalau sentiasa dihakimi itu membuatkan orang takut. Banyak lagi keindahan dalam agama yang saya pelajari,” katanya.

Menurut Jasmin lagi, dia turut menyertai grup telegram milik Neelofa untuk mendalami agama Islam serta menghadiri beberapa kelas dianjurkan selebriti popular itu.

Dalam pada itu, Jasmine mengakui dia masih belajar serta enggan berkongsi lanjut mengenai status sebenar agamanya kerana disifatkan ianya perkara peribadi.

“Saya tak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi. Saya masih lagi dalam proses belajar dan sedang mengikuti kelas agama. Saya pun tak tahu apa yang perlu dikongsikan.

“Bagi saya apa yang dicari adalah pegangan hidup..dalam hidup ini ada jatuh dan bangun. Semua itu di luar kawalan kita. Jadi kalau ada pegangan hidup, kita akan rasa lebih stabil. Itulah yang saya kejar,” katanya.