fbpx

Pakai Barang Kemas Ratusan Ribu Ringgit, Ifa Raziah Upah Lima Bodyguard

Bimbangkan soal keselamatan apabila sering memperagakan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit, penyanyi Ifa Raziah mengupah lima orang pengawal peribadi.

Memetik mStar Online, Ifa berkata pengawal peribadi tersebut akan menjaganya setiap kali keluar menghadiri majlis sebagai langkah keselamatan.

BACA: Ifa Raziah Dikecam Tayang Emas Penuh Di Lengan, Jari Depan Kaabah

“Bukannya saya pakai barang kemas ini setiap hari. Hanya akan pakai ketika menghadari majlis tertentu sahaja.

“Saya akan lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila saya keluar dengan mengayakan barang kemas bernilai tinggi,” katanya.

Ifa berkata sebagai seorang usahawan ianya adalah salah satu strategi pemasaran untuk membuktikan kejayaan dalam perniagaan apabila memakai barang kemas.

Dalam pada itu, Ifa berkata dia tidak peduli jika ada pihak yang mengatakan barang kemas yang dipakainya adalah palsu.

“Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya.

“Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia,” katanya.