fbpx

“Pakai Baju Putih, Orang Ingat Saya Nak Nikah” – Shuhada

Tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pukul 9:10 pagi tadi, Nurul Shuhada hari ini hadir bagi mendengar keputusan pengesahan lafaz cerai dengan pelakon Hafidz Roshdi.

Memetik Utusan Online, tampil dengan pakaian serba putih, Shuhada berkata hari ini dia bangun dengan penuh semangat dan sempat berkongsikan ada yang menyangka dia mahu berkahwin hari ini.

BACA: Shuhada Mengaku ‘Bujang’ Dekat Bapa

“Insya-Allah hari ini akan selesai. Doakan yang terbaik untuk saya. Hari ini saya bangun dengan semangat. Tadi terjumpa orang, mereka ingat saya nak nikah. Saya kata tak, nak pergi cerai, terkedu mak cik itu. Doakan saya ya semua,” katanya.

Terdahulu, Nurul Shuhada mendakwa suaminya ada melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp pada Januari.

Hafidz turut dilaporkan melafazkan cerai kepada Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing kali kedua 22 Februari lalu.