Penampilan terbaru pelakon Puteri Aishah nampaknya mengundang komen tidak senang dari para peminat yang menyifatkan pakaian pelakon itu terlalu menjolok mata selain mendakwa beliau sudah berubah dari imej baik yang ditonjolkan dulu.

Puteri Aishah baru baru ini dilihat hadir ke majlis Most Glam 2018 bersama Nazim Othman menggayakan busana merah yang dianggap terlalu seksi oleh sesetengah mata yang memandang.


BACA: Puteri Aishah Tidak Sedar Baju Nampak Coli


Selain mengecam penampilan seksi Puteri Aishah, ada juga komen yang mengingatkan pelakon itu tentang keadaan ibunya yang sedang sakit namun pelakon itu tetap tampil seksi seakan tidak pedulikan perasaan ibunya.



Mungkin Puteri Aishah boleh lebih berhati hati dengan pemilihan pakaian selepas ini kerana peminat hari ini semakin sensitif dengan gaya yang dikenakan oleh artis pujaan mereka. (rtky/m)