Pak Nil Berjaya Kumpul Lebih RM100,000 Untuk Bantu Zamani
Usaha pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi mencari dana membantu membiayai kos pembedahan penyanyi Zamani Slam berjaya mengumpul lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai.
Difahamkan, tidak sampai 10 jam dilancarkan sudah berjaya mengutip jumlah tersebut bagi membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
BACA: Semakin Membongkok, Zamani Tetap Kerja Cari Dana Untuk Pembedahan
Menerusi satu perkongsian di Insta Story sebentar tadi, Pak Nil memaklumkan tabung bantuan itu telah pun ditutup.
“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip.
“Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulisnya.
Semalam, Pak Nil ada memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani serta memohon maaf kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.
“Minta maaf Pak Nil buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta.
“Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.
Zamani yang sebak bagaimanapun enggan menerima wang tersebut serta meminta Aznil menyimpan wang tersbeut sehingga tiba waktu penbedahan.
Pak Nil kemudian meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.
Terdahulu, pengurus Zamani meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan.
- SUMBER
- Kosmo!
Alhamdullilah…
Tahniah! Memang hebat Aznil Nawawi ni. Tidak seperti kebanyakan selebriti lain, yang sekadar “Doakan yang terbaik”. Aznil pula “Lakukan sesuatu”.
Kalau Aznil ni jadi Ahli Parlimen, alangkah baik!
Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan perubatan zamani dan buat pak nil dan semua yg memberi sumbangan semoga dimurah rezeki dan diberkati selalu.
Semoga pak nil sentiasa sihat dan dlm lindungan Allah swt d mana jua berada
Sokong paknil jd calon ADUN
Senator pun xpe
Luv u
Sokong paknil jd calon ADUN
Senator pun xpe
Luv u.
MULIA HATI PAK NIL.
ACCOUNT COLLECTION UNTUK ZAMANI NI MASUK PERSONAL ACC PAK NIL EK? KENA TUNJUK KAT AWAM LAH KAN. NANTI TIDAK LAH MENJADI PERTIKAIAN.
KENAPA TAK MASUK ACC ZAMANI JER TERUS EK?
kan dia ckp dia bt diam2. zamani taktauuu. Ko ni bca la. dasar pemalas
BAPOK TUA…Takyah nak menyibuk, nak ajar Aznil lah bab akaun apa. Orang macam awak ni banyak cakap, tahu cari salah aje. “Buat” tu tak ada. Kosong.
GET LOST!!
RAHIM PLUG
APA YG KAU PANAS SGT TU? KAU TU DATANG TAK BERJEMPUT BALIK TAK BERANTAU. MACAM LAH KITA CAKAP HAL KAU. BERIYER JER. TERASA SANGAT NI MESTI PENAH PECAH AMANAH PASTI KAKI REMBAT DUIT DAN PENCEKIK DUIT ORG. ???
TIBAHHH TERSENTAP DASAR JANTAN PEROYAN
OWH AKU BUAT KEBAJIKAN KENA CANANG SEANTERO DONIA LAH EH? MERATA PELUSUK MEDIA KENA CANANG.
RAHIM PLUG
PERGI LAH KAU COCOK KAT PLUG DAN KAREN KAN OTAK KO YANG TAK BERFUNGSI TU.
OTAK TAK ADA AKAL PUN ATAK ADA.
GO TO HELL LAH KAU. JANTAN SANGKAK
Nama pun bapok tua .. ni mesti dah kedut² … Byk nau songeh