fbpx

Wow! Produk baru HUAWEI ini pasti akan buat anda teruja! Bersempena dengan pengumuman strategi Seamless AI Life dan 1+8+N, HUAWEI sekarang ni sedia melancarkan produk inovatif terbaru mereka iaitu HUAWEI Vision S Series.

Alami Teknologi Baru di HUAWEI Experience Store & Berpeluang Menang Hadiah PERCUMA*!

Dilengkapi dengan teknologi terbaharu beserta AI, TV terbaru keluaran HUAWEI ini sedia menawarkan lebih banyak fungsi untuk anda. Pergh betul padu nih.

HUAWEI Vision S ini memang betul memenuhi ciri-ciri teknologi sekarang ni gais. HUAWEI Vision S dilengkapi dengan semua teknologi yang mantap termasuk Artificial Intelligent dan Internet of Things (IoT) yang menjadikannya sebagai salah satu produk yang mempunyai ciri-ciri ekosistem yang lancar iaitu untuk yang membantu anda berhubung dengan dunia luar dari rumah sahaja!

Jangan Lepaskan Momen Bermakna Dengan Orang Tersayang!

Tiada siapa pun pernah sangka kan yang kita boleh berhubung dan melihat orang tersayang melalui skrin telefon pintar dan komputer riba melalui panggilan video.

Sebenarnya sekarang ini dah menjadi salah satu cara untuk kita berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan dengan lebih baik.

Nak pula dengan norma baharu yang kita lalui sekarang ini, sedar tak sedar kita telah mengubah cara kita berkomunikasi. Dah tak payah nak jumpa dan lepak-lepak macam dulu pun. Buat panggilan video pun dah cukup best. Hilang rindu tu.

Mesyuarat Pun Smooth Jer Dengan Resolusi Tinggi 1080p, HUAWEI MeeTime

Kadang-kadang bila terlalu fokus dengan skrin komputer riba ketika tengah mesyuarat dari rumah tu, rimas juga lah kan. Sebab skrin terlalu kecil.

Apa kata anda beralih dari skrin kecil tu ke skrin besar? Haa..kan lebih selesa. Jadi, tak adalah anda terlalu fokus pada skrin yang kecil tu. Berpinau mata juga tu.

Untuk info anda, HUAWEI Vision S dilengkapi dengan HUAWEI MeeTime yang memberikan anda panggilan video berdefinisi tinggi 1080p! Video memang betul clear gais.

Dilengkapi pula dengan Intelligent Bandwidth Adjustment, anda pastinya tidak lagi mengalami masalah melibatkan lagging sebagainya semasa sedang menjalankan panggilan video tu. Barulah lancar.

Selain itu, HUAWEI MeeTime yang fleksibiliti ini membolehkan anda untuk membuat panggilan dengan menyentuh butang pada telefon pintar HUAWEI anda jer untuk berhubung dengan keluarga anda di Smart Screen.

Barulah hubungan dengan famili anda tu lebih rapat dengan adanya HUAWEI MeeTime ini.

Kamera Rumah Magnetik 13MP, Ambil Potret Keluarga & Rakam Video Dengan Sehingga Resolusi 1080P

Nak muatkan satu keluarga dalam satu gambar melalui telefon bimbit memang sangat susah gais. Ada jer yang terpotong kepala dalam gambar tu nanti.

Tapi dengan Smart Screen 13MP Magnetic Camera, anda tak perlu risau dah. Di samping panggilan video dengan resolusi tinggi 1080p, anda boleh bergantung dengan kamera HUAWEI Vision S untuk merakam momen terindah anda dengan famili. Dan yang paling power, anda boleh jer terus kongsi ke telefon bimbit anda dengan serta merta!

Ada lagi…ciri kamera HUAWEI Vision S ini juga mempunyai sedutan magnetik yang membolehkan putaran 180° dan anda dapat menanggalkan kamera itu dengan mudah bila anda tak nak guna.

Dengan HUAWEI MeeTime dan Kamera Magnetik yang terdapat di HUAWEI Vision S, anda pasti tidak akan sesekali terlepas momen dengan keluarga dan rakan anda.

Visual Cantik dengan Paparan Kadar Penyegaran Skrin Tinggi 120Hz 4K

Salah satu ciri penting yang dimiliki oleh Smart Screen adalah Kadar Penyegaran Skrin Tinggi 120Hz yang menjamin memberikan pengalaman yang luar biasa berbanding dengan skrin kadar penyegaran 60Hz biasa.

Anda mesti berfikir, “Betul ke kita dapat bezakannya?” Kalau anda nak tahu, Kadar Penyegaran Skrin Tinggi 120Hz ini ditambah dengan Advanced Motion Estimation dan Motion Compensation (MEMC) yang dipasang di Smart Screen akan memberi anda peralihan yang lebih lancar.

Kadar Penyegaran Skrin Tinggi 120Hz dapat menangkap perincian ketika anda sedang menonton apa pun kandungan. Ia juga memastikan anda dapat melihat kesemua perincian kandungan yang anda menonton dan memberikan anda peralihan yang lancar setiap masa. Power kan?

Warna Realistik

Warna pada Smart Screen memberikan warna yang paling tepat dan realistik, seolah-olah anda berada dalam filem itu sendiri.

Stunning Colour Solution ini direka khas untuk HUAWEI Vision S untuk membolehkan Smart Screen mencapai susunan warna yang lebih luas ditambah dengan toning warna pintar yang lebih tinggi daripada paparan konvensional dan mencapai DCI-P3 sebanyak 92% gamut warna pada Smart Screen.

Barulah feeling-feeling macam tengok pawagam kat rumah tu gais disebabkan warna yang digunakan pada skrin betul cantik dan nampak ‘hidup’.

Pengalaman Audio Memukau

Sudah tentu anda akan rasa tak puas kan kalau mempunyai visual yang padu tanpa audio yang mengagumkan? Alah macam kalau kita pergi tengok wayang, kalau dengar audionya tu pergh maunya bergegar-gegar jantung tu ha. Betul best!

Tapi tulah kalau di rumah memang tak dapatlah audio macam tu. Kejap gais, jangan sedih dulu…

Dengan HUAWEI Vision S, anda dapat menikmati audio macam di di pawagam gais. Dengan empat pembesar suara 10W – dua (2) Speaker Frekuensi Penuh dan dua (2) Speaker Frekuensi Tinggi termasuk 1L sound cavity, memberikan anda pengalaman audio yang sangat gempak.

Bukan hanya itu, empat pembesar suara Smart Screen juga mempunyai teknologi HUAWEI Histen yang menganalisis kandungan secara pintar untuk memperkuat dan menyesuaikan suara untuk pengalaman audio yang lebih baik buat anda berdasarkan kandungannya.

Dengan semua ciri-ciri ini di Smart Screen, anda boleh diberi jaminan bahawa HUAWEI Vision S Series adalah Smart Screen yang membantu anda mendapatkan rumah pintar idaman seperti yang anda idam-idamkan selama ini.

Tunggu Apa Lagi?

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan HUAWEI Vision S serta memenangi hadiah percuma misteri di HUAWEI Experience Store (HES) terpilih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke HUAWEI Store Online atau sila layari laman Facebook HUAWEI di www.facebook.com/HUAWEIMobileMY.