Padu! Cek Yana Peruntukkan RM174,600 Kepada Frontliner & Pesakit COVID-19
Tipu sangat kalau anda tak kenal dengan pengasas Masak-Masak CekYana yang pernah viral dek hadiah anniversary ulang tahun perkahwinan CekYana dan suami Disember lepas tu kan.
Kalau dulu suami kesayangannya yang jadi mangsa kejutan, tapi kali ni CekYana buat kejutan lagi untuk geng frontliner dan pesakit COVID-19 di Maeps, Serdang dan juga Hospital Sungai Buloh dengen memperuntukkan sebanyak RM174,600.
Kalau anda dapat tengok sekarang ni kes semakin meningkat dan CekYana mengambil peluang ni untuk memberikan sedikit peruntukkan kepada mereka yang terlibat. Padu betul CekYana.
KFC & Rempah Oden Diberikan
Faham dengan situasi sekarang, mental pun boleh koyak kalau masing-masing tak dapat nak ikut SOP yang diberi oleh kerajaan kan.
Korang bayangkan siang malam frontliner kita berhempas pulas membantu pesakit COVID-19 ni. Jadi apa salahnya kalau anda bantu mereka untuk duduk rumah dah patuhi SOP.
Jadi bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan juga memberi semangat kepada pesakit COVID-19, CekYana memberikan sumbangan sebanyak 4,089 set Snack Plate KFC dan 8,178 pack rempah oden CekYana.
Kalau anda nak tahu, ini antara jumlah yang paling banyak yang pernah diterima pihak KFC untuk program kemasyarakatan. Pihak KFC juga turut berterima kasih kepada CekYana kerana memilih KFC sebagai pilihan makanan untuk diberi kepada pesakit dan petugas barisan hadapan.
Program Tetap Diteruskan
Masak-Masak CekYana adalah produk rempah Oden yang kini trending di Malaysia. Selain itu, Masak Masak Cekyana juga telah melahirkan jutawan dan agent yang berjaya, hasil dari jualan produk ODEN CEKYANA.
Pada tahun 2021 ini Pengasas Oden Cekyana akan terus berusaha bagi memastikan lebih ramai jutawan dilahirkan.
Jelas CekYana, program macam ini akan diteruskan pada masa akan datang selaras dengan misi CekYana yang mahu membantu lebih ramai orang dan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Suke nengok org Kita kaya raya.. Alhamdulillah
Tak suka tengok orang menunjuk nunjuk kekayaan.
Tak suka tengok orang berderma menunjuk nunjuk.
Tak suka product yg takde siapa kenal pon tapi over claimed sebab guna business model Modified MLM (Stokist, agent & dropshipper).
X kisahla riak ke..menunjuk ke..
Dlm keadaan genting sekarang, semua bentuk sumbangan amat dialu2kan..
Moga makin ramai lg yg berkemampuan turut membantu
Terima kasih
Korang ingat frontliners tu gaji sebulan RM1200 ke? Diorang gaji dah masyuk kenapa bagi bantuan lagi? Setakat kfc ko bagi tu diorang tak hadap dah. Elok lagi hanya bantu pesakit, golongan susah etc