Padam Semua Posting Di Instagram, Rizalman Merajuk Dengan Netizen?
Tindakan pereka fesyen terkemuka tanah air, Datuk Rizalman menjadi tanda tanya netizen apabila memadam semua posting di akaun Instagram miliknya.
Daripada lebih 6,000 posting, tinggal 3 perkongsian sahaja di Instagram. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia telah dipadamkan atau tidak.
BACA: Datuk Rizalman Dikecam Beri Ikan Salmon Pemberian Peminat Pada Kucing
Melihatkan pada tiga posting yang dimuat naik itu, ianya berunsur Islamik serta memberi teguran kepada pengikutnya berkelakuan sopan.
Bukan itu sahaja, bahagian ‘bio’ pada Instagram yang sebelum ini memaklumkan makanan apa yang tidak dimakannya juga telah ditukar.
Susulan itu, ramai tertanya-tanya mengenai tindakan Rizalman itu. Malah, ada netizen mendakwa pereka fesyen itu mungkin sentap dengan isu sebelum ini apabila dituduh tidak menghargai ikan salmon pemberian daripada peminatnya.
Bagaimanapun, ada yang mendakwa Rizalman mungkin meluat dengan sikap segelintir pengikutnya yang taksub mengenai kehidupan.
Terdahulu, Rizalman dikecam teruk apabila didakwa tidak menghargai ikan salmon yang diberikan oleh peminatnya.
Lebih menjadi bualan netizen apabila Datuk Rizalman memberikan ikan salmon tersebut kepada kucingnya, namun ditolak oleh haiwan peliharannya itu.
- SUMBER
- Ohmymedia
Less one ignorant “influencer” on this earth..propa lebih
Baguslah, berhijrah amendenya mulut macam longkang macam ko je bagus daripada orang lain. bile tegur marah plak. hahaha
Wow. Nak tegur orang taksub dengan dia tu boleh je guna cara elok. Sedarlah without penyokong kau, tak mungkin boleh naik macam now even with support kawan baik.
no loss at all good riddance…..
Bgus la.. Ke arah kebaikan alhamdulillah..
Tolonglah korg. Dia selama ni reply sendiri ja komen dm dia tu. Konon netizen yg dok komen bag dia nk beli bila la apa la. Style tulisan sama ja. Ada la sorg 2 netizen komen tu betui yg lebih2 tu dia reply sendiri ja. Syok sendiri. Apo la…
Yg korang follow dia utk apa pun aku x fhm. Baik ikut page Grumpy cat.. meowwww
Kalau ada sesiapa yg dah mengigil sangat nak beri ikan kepada dia.. beri la ikan masin ataupun ikan tamban, kalau dia nak bari kepada kucing pun kita tak heran..
GTH
jadi duta je mst problem ya
Dulu bukan main hang kecam.vivy berlagak apa semua sampai vivy kena tendang dari ALP uitm. Skrg bila hang jd ALP hang punya berlagak pun bole tahan gak. What goes around comes around lah. Bila dah kat atas jangan mendongak tinggi sangat
Kembali lah kita semua kpd fitrah. Dunia dah masuk fasa akhir…
kannnnn…aku ni bukan followers vivy pon tapi masa hang kecam vivy bahasa hang sendiri kurang sopan so now? dh kena muka sendiri baru hang taww