fbpx

Datuk Rizalman Dikecam Beri Ikan Salmon Pemberian Peminat Pada Kucing

Tiada angin tiada ribut, pereka fesyen terkemuka tanah air, Datuk Rizalman dikecam hebat oleh netizen di laman Twitter apabila didakwa tidak menghargai ikan salmon yang diberikan oleh peminatnya.

Namun, menerusi satu perkongsian di Insta Story Datuk Rizalman mengatakan bahawa dirinya tidak menggemari ikan salmon dan hanya makan ikan sardin.

BACA: Datuk Rizalman Tak Kisah Anak Tak Mahu Sambung Belajar Lepas SPM

“Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni. Tak payah. Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon.

“Tak reti nak makan. Ikan curut (sardin) cheq (saya) tahu. Tak apalah, mungkin Faizul dan Umar suka kot,” katanya.

Namun lebih menjadi bualan netizen apabila Datuk Rizalman  memberikan ikan salmon tersebut kepada kucingnya, namun ditolak oleh haiwan peliharannya itu.

Susulan tindakannya itu, rata-rata netizen mengecam pereka fesyen tersebut yang seolah tidak menghargai pemberian peminat. Kata netizen lagi, jika tidak suka dengan pemberian tersebut tidak perlu memperkecilkan di media sosial.

Susulan isu tersebut, Datuk Rizalman juga dilihat telah mengemaskini di bahagian ‘bio’ akaun Instagram memaklumkan makanan apa yang tidak dimakannya.