fbpx

Padam Mesej Sophia AlBarakbah Di IG, Bella Astillah ‘Move On’

Tidak mahu memanjangkan lagi kontroversi melanda rumah tangganya dengan Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi Bella Astillah bertindak memadam perbualannya dengan Sophia Albarakbah di Instagram.

Memetik mStar Online, Bella berkata Aliff sudah pun memberi penjelasan mengenai isu tersebut dan ramai sudah melihat perkongsian tersebut serta tidak mahu bercakap lagi tentang hal berkenaan.

BACA: Aliff Aziz Tak Akan Berganding Dengan Sophia AlBarakbah Lagi

“Saya rasa semua orang pun dah tengok hantaran yang saya muat naik itu. Jadi saya rasa cukuplah Aliff pun sudah berikan kenyataan. Saya tak mahu lagi bercakap tentang soal itu,” katanya.

Menurut Bella lagi, dia mahu memberi tumpuan dalam bidang nyanyian serta meraikan kemenangan selepas dinobat tempat ketiga dalam Famili Duo bersama Wanie Kayrie.

“Saya mahu raikan bersama Wanie atas kejayaan kami dapat tempat ketiga dalam program Famili Duo. Selepas ini, saya hanya mahu berikan tumpuan dalam bidang muzik.

“Famili Duo banyak memberi pengalaman baru sekaligus dapat menonjolkan kemampuan saya sebagai penyanyi,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Bella mendedahkan mengenai seorang pelakon wanita yang tersuka dengan suaminya. Malah, Aliff Aziz mengesahkan wanita tersebut adalah Sophia AlBarakbah.