Aliff Aziz Tak Akan Berganding Dengan Sophia AlBarakbah Lagi
Hangat diperkatakan mengenai pelakon wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella Astillah, pelakon Aliff Aziz mengesahkan wanita tersebut adalah Sophia AlBarakbah.
Memetik Harian Metro, Aliff berkata meskipun tidak menyebut nama namun kriteria itu jelas ditujukan buat aktres itu apatah lagi hanya Sophia yang terbabit penggambaran dengannya ketika ini.
BACA: “Sophia, Aliff Aziz Profesional, Bercinta Dalam Lakonan Sahaja” – Pengarah
“Tanpa perlu menyebut nama, rasanya sudah tahu sebab saya sedang buat satu drama saja. Itu sajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi, lebih baik biarkan perkara itu begitu saja,” katanya.
Menurut Aliff lagi, dia dan Bella sudah pun berbincang secara matang serta mengenali isterinya itu tidak akan mendedahkan sesuatu tanpa usul periksa.
“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk bersama, berbincang dengan rasional dan berkomunikasi mengenai isu ini.
“Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” katanya.
Sementara itu, Aliff tidak menafikan isu yang berlaku berpunca atas kekhilafan diri sendiri yang lalai dalam menjaga batas hubungan.
“Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat.
“Lagipun pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan Sophia serta kontroversi tersebut tidak berlarutan.
- SUMBER
- Harian Metro
“jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama“
So cerita dia kau pon ada jugak lah perasaan dkt Sophia ni masa awal2 shoot? Hahahha haa kantoiii. Sebab tu perempuan tu kejar2 kau
aku dah kata.. Lelaki ni dia insof kejap je. Lepastu jadi lagi. hahahaha. Setiap drama ko, mesti ade gosip dengan perempuan. Maknanya kau yang menggatal. Bella oiiiii, Kau tengok husband ko tu. Sokmo gatal. Si sofea pun naik bulu sekali ye. sama la 2×5. Sorry to say but Bella juga yang otak udang asyik percaya suaminya. hahahhahaa. Lelaki kalu sudah sekali curang. Memang akan curang lagi bahhhh
Dia ni kuat ayat, bukan first time. Kemarin salahkan actress yg dulu gi karaoke ini kali actress ni pulak. Nampak cam Alif yg salah..dia pon ada mengaku. Takyah la pegang2 kalau dah kawin. Macamna mesti tersuka. Tu sebab ramai pelakon jatuh cinta pasal bab ni la.
dh ada chemistry dlu..isteri mana yg pcaya…