fbpx

Ozlynn Pantang 100 Hari Bersama Suami

Selamat menimang cahaya mata keenam pada September lalu, pelakon Ozlynn berkata dia akan mengamalkan pantang selepas bersalin lebih 44 hari.

Menurut Ozlynn, selepas tiga bulan melahirkan anak secara normal dia akan melakukan senaman ringan untuk menjaga bentuk tubuhnya.

BACA: Nur Latifah Cherdiq Hanania Nama Anak Keenam Johan, Ozlynn

“Biasanya, lepas habis pantang 44 hari aku masih lagi berpantang, pantang makanan sejuk, frozen, fastfood, air kordial, air gas, air tin.

“Selalu bersalin normal lepas 3 bulan aku akan slowly workout yang ringan-ringan. Cardio dan yang boleh merenggangkan dan menegangkan balik tubuh yang lembik. kalau c-sect pun aku ada pengalaman.

“Lepas 6-8 bulan baru boleh start workout manja-manja dan hasilnya baby nak masuk 10-12 bulan perut aku dah tegang balik,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Ozlynn turut berkongsikan tip penjagaan berpantang buat ibu yang melahirkan anak secara pembedahan

“Pakai girdle siapa yang czer, sebab bagus support perut supaya tak banyak bergegar bila kita bergerak. Sebab luar yang jahit or tampal dah kering tapi yang dalam lemak isi yang dijahit dalam tu belum tentu dah kering or sihat ye.

“Pakai bengkung yang support untuk pinggang tu pun boleh pakai untuk yang czer dan tolong jaga pemakanan,” pesannya.

Dalam pada itu, Ozlynn berkata seelok eloknya berpantang untuk bersama suami selama 100 hari bersalin dan suami pun perlulah saling menyokong.

“Jadi kaum hawa, pantang dengan suami pun kalau boleh biar la lepas 100 hari. Pepandai la nego, paling tak pun 44 hari kan.

“Suami yang baik akan support untuk jaga kesihatan isteri. Kami cuti lama, buat kaum hawa jangan stress kalau ada perubahan pada bentuk tubuh kita,” katanya.

Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantik, Moleq dan Cherdiq kini berusia sebulan.