fbpx

Nur Latifah Cherdiq Hanania Nama Anak Keenam Johan, Ozlynn

Selepas 21 hari menimang cahaya mata, pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati mengumumkan anak anak keenam mereka iaitu Nur Latifah Cherdiq Hanania.

Berkongsikan perkara itu menerusi akaun Instagram, Ozlynn juga sempat memuat naik jari anak keenamnya itu untuk tatapan peminat.

BACA: Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland

Meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat berkenaan, Ozlynn berkata Johan telah memberi kata putus bahawa itu adalah cahaya mata terakhir.

“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania. Di hari Jumaat yang indah 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun lalu, akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.

“Syukur kepada Allah kami diberi peluang merasa nikmat ini sekali lagi, bermata panda di malam hari. Berebut siapa dan mengendong baby, 3 putera 3 puteri. Akhirnya suami kata cukup setakat ini,” tulisnya.

Perkongsian Ozlynn itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji keunikan nama anak perempuan mereka itu serta mendoakan agar menjadi anak yang solehah.

Terdahulu, pasangan itu selamat menimang cahaya mata keenam pada 3 September lalu.