Osama, Zaki Yamani Tak Pernah Rasa Beraya Dengan Jamal Abdillah
Bukan mudah bergelar anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah apatah lagi tidak berkesempatan untuk mencium tangan memohon maaf di pagi raya.
Bagaimanapun, Osama dan Zaki Yamani memahami tuntutan tugas bapanya yang menjadi penghalang mereka untuk menyambut raya bersama bapanya yang sibuk memenuhi undangan persembahan ketika Syawal.
BACA: Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Jumpa Zaki Yamani
Memetik BH Online, Osama Yamani berkata dia ingin melihat keluarga besar mereka bersatu pada Syawal namun impiannya itu belum kesampaian lagi. Jelasnya lagi, hubungan ibunya dengan ibu tiri, Datin Zai Izzati juga baik-baik sahaja.
“Jujurnya, saya sebenarnya teringin sangat mahu dengan bersama babah, adik-beradik dan ibu tiri, tahun ini. Namun, nampaknya ia sukar dipenuhi.
“Setakat ini, kami belum pernah beraya bersama babah dan berkumpul satu keluarga. Kebiasaannya, kami meraikan Syawal secara berasingan.
“Hubungan ibu dengan ibu tiri, Datin Zai Izzati Khiruddin juga tiada sebarang masalah. Cuma, kami belum berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama-sama,” katanya.
Sementara itu, Zaki pula menafikan ibunya Fatimatuzahra Samad menghalangnya berjumpa dan meraikan Syawal bersama bapanya.
“Saya tiada masalah berjumpa babah, ibu tidak pernah menghalang. Ibu pernah menghantar saya ke rumah babah untuk beraya.
“Sebenarnya, babah boleh bertemu saya bila-bila masa. Ada ketikanya, babah janji nak jumpa, tetapi tiada. Saya hantar pesanan menerusi WhatsApp pun tidak berbalas.
“Jadi, saya tidak selesa apabila ibu dituduh menghalang saya bertemu babah, sekali gus memburukkan nama ibu,” katanya.
Dalam pada itu, Zaki berkata kali terakhir dia beraya bersama bapanya enam tahun lalu namun dia memahami bapanya sibuk dengan tuntutan kerja.
“Kali terakhir beraya bersama babah enam tahun lalu. Saya tahu babah terlalu sibuk pada Syawal. Saya tak pernah berkecil hati, malah, faham dengan kerja babah,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
gitu la kekdahnya bila ibu/bapak cerai, kawin lain.. lagi dan lagi.. ended up anak ramai pastu berbelah bahagi… tak tau nk utamakn yg mana…..
apa pun buat Osama, Zaki bertabah la, jaga ibu korang tu elok2…. life’s must go on walaupun bapak haprak..
Alaaaa.. xyah brya dgn bpak pn ok. Rya je dgn mak. Bapak ko klu nk rya korang ptut ade effort tuk brkumpul sma2, ni da 6 thun kot.
Ko bgtau satu dunia pun ko ingt bpk ko nk dtg beraya dgn ko ke?!
Yang kau bising2 kat media sosial kau dah lama tak beraya dengan bapak kau apahal?? kau cakap sndri kat bapak kau sudahla. Kalau bapak kau, tak tunai tanggungjawab, tak bayar nafkah, pergi suh mak kau saman kat court. duk pung pang, pung pang, kat media sosial. sendiri buka aib masalah kelaurga. lagi kau buat macam ni, lagi terasa hati la orang tua2 kau. Orang tua2 peduli apa dia betul ke tak. Yang dia tahu dia lagi tua. Kau tu budak muda, anak lagi. Aku tgk hidup je kau, cukup pakai makan. Orang lain banyak masalah keluarga cerai berai, lagi tak hingin nak jumpa mak pak yang tak peduli anak mereka. Lagi bagus move on tak perlu heran orang yang tak peduli kan kita. buat sakit hati, buat sakit kepala
Pasangan2 yg bercerai harus mencontohi Abby Abadi & Norman Hakim.
Kemon pak jamal. Jgn malukan fan pak jamal. Pergi buat gathering dgn anak2 dlm tv. Buktikan you the best father utk anak2 walaupun dh cerai. Tirulah chef wan.
Utk yamani dgn zaki, jgn le mengharap sgt babah nk beraya dgn korang eh..lupakan aje babah kamu tu, beraya le dgn org yg mama ibu kamu aje..x ada kurangnya kemeriahan raya tu klau babah xde..babah sibuk nk dukung baby, yg da besar2 ni pandai2 le sendiri huhu
Ingatkan lagi top lagi respect.. rupanya byk kelemahan yg diketengahkan.. buatlah perjumpaan Hari Raya bersama anak dan bini bini…. bukannya selalu…selagi nafas ada,kenalah bertanggungjawab…jgn esok bersedih disana….buat anak anak Jamal,tak perlulah nak hebohkan setiap masa.. belajarlah hidup berdikari
InshaAllah..doakan akan ada pertemuaan di antara semua ahli keluarga ini. Berdoa pada Allah semoga ikatan kekeluargaan sentiasa terpelihara dan sentiasa dalam kasih sayang dan Rahmat Allah. Aamiin