fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai Cikgu Fadli yang bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat.

Perkara itu turut mendapat perhatian ramai yang memberikan sokongan terhadap guru tersebut termasuk pelakon Rita Rudaini.

BACA: Katak Hitam Muncul Depan Rumah, Rita Rudaini Jadi Mangsa Sihir`

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rita dilihat ada memuat naik posting mengenai guru berkenaan serta mengatakan individu yang jujur dan buat kerja dengan baik pasti akan ditindas dan dipijak.

“Kan dah cakap… orang yang jujur, orang yang buat kerja baik atau betul akan ditindas, akan dipijak, akan dibenci.

“Kena perangai sy*it*n sikit, bawa blower besa-besar, lidah kena bercabang tujuh, muka kena tampal plastik tujuh lapis, bertukar jadi lembu, barulah orang sayang, barulah orang lambung sampai bulan.

“Sekarang kerja apa pun memamg kena macam ni barulah boleh cari makan. Kami support Cikgu Fadli,” tulisnya.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang bersetuju dengan kenyataannya itu serta turut memberikan sokongan pada Cikgu Fadli.