Lama tak dengar cerita tentang Rita Rudaini, baru-baru ini pelakon itu mendedahkan ada individu yang dengki dirinya sehinga menganggu hidupnya sekeluarga.
Memetik Xtra, menerusi temu bual bersama Melodi, Rita meluahkan rasa hairan mengapa ada individu yang dengki dengan dirinya.
BACA: Isu Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Suruh Netizen Teka Berapa Nafkah Aidil Bagi
Dedah Rita, ada individu yang tidak dikenali sanggup mencari rumahnya di kampung dan menganggu keluarganya. Malah, katak hitam yang sudah mati turut ditemui di depan rumahnya.
“Masih lagi ada orang yang dengki sedangkan saya tak bersuami, tiada ‘job’, masih lagi orang dengki, kenapa ya? Malam-malam dia merayau, orang kampung tanya cari rumah siapa, individu itu cakap ‘rumah Rita Rudaini’ dan berkata ‘saya kawan Rita’.
“Keesokannya, ibu saya tengah menyapu sampah tiba-tiba ternampak katak hitam dah mati depan rumah, katak itu macam baru, hitam dan dah mati.
“Seminggu selepas itu pula, individu itu datang lagi ke rumah dengan mengetuk pintu hampir setengah jam, kemudian dia merayau di depan rumah sambil tengok sekeliling, ibu saya cakap rupa paras individu tersebut dalam keadaan elok,” katanya.
Kata Rita lagi dia pernah kerap bermimpi perkara-perkara buruk namun menganggap itu hanyalah mainan tidur. Rita berkata dia tidak kenal dengan individu yang melakukan perkara buruk tersebut.
“Saya juga nampak sesuatu kat rumah. Alhamdulillah hari-hari kami amalkan baca Al-Quran, kalau tuhan itu nak izin, jadi juga, kalau tak izin, maka tak jadi lah.
“Saya tak kenal tapi kami terfikir mungkin orang ini ada tak puas hati bukan daripada segi kerjaya, mungkin ada ‘personal’ lain yang sakitnya hati tengok Rita Rudaini.
“Selagi Rita ada, dia rasa tak senang. Dia tak puas hati secara dalaman dengan saya, kalau boleh dia nak Rita Rudaini lenyap, jadi dia rasa lega,” katanya.
Dalam pada itu, Rita menegaskan dia tidak akan memaafkan sesiapa yang pernah melukakan hatinya serta anak-anaknya. Ujarnya, apa yang orang lakukan padanya, dia akan ingat sampai mati serta mengakui dia memang pendendam.
“Yang memburukkan saya, saya masih ingat lagi bila saya kena ‘troll’ dengan netizen. Saya tidak hairan dengan semua itu. Saya memang pendendam, apa yang orang buat kat saya, saya akan ingat sampai mati.
“Saya sejenis orang yang kalau dah carikkan hati saya, sorry saya takkan maafkan, mana tahu Tuhan nak bukakan hati saya dan lembutkan hati saya untuk maafkan, ya, tapi buat masa ini, tidak. Sesiapa yang telah merobekkan hati saya dan anak-anak saya, tidak akan saya maafkan,” katanya.