“Orang Tak Tahu Saya Didera Pembantu Rumah, Bermasalah Dengan Ayah”
Tampil dengan single pertama berjudul Tolonglah yang kini trending nombor 1 di saluran YouTube, anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata lagu tersebut berkisarkan pengalamannya sendiri.
Lirik dan penyusunan video Cik B bersama DSV, gadis berusia 15 tahun itu berkata pasti ramai tidak menyangka meskipun hidupnya senang sejak kecil namun siapa sangka dia menjadi mangsa dera pembantu rumah.
BACA: Lagu Cik B Trending Nombor Satu Di YouTube
“Saya harap orang menerima saya membawa lagu ini walaupun mungkin ada yang tidak percaya dengan kisah hidup itu kerana saya nampak ‘happy’.
“Memanglah dari kecil saya ibarat dulang emas tetapi apa yang orang tidak tahu, saya selalu kena kurung dan didera pembantu rumah dan bermasalah dengan ayah. Lagu ini mengenai hidup saya dari kecil hingga dewasa,” katanya
Dalam pada itu, Cik B berkata lagu tersebut sudah siap sejak hujung tahun lalu lagi namun belum dilancarkan kerana dia belum ada keberanian lagi ketika itu. Ujarnya, kini dia sudah percaya pada diri sendiri dan kurang rasa malu.
“Ia sepatutnya dikeluarkan lebih awal tetapi ketika itu saya belum bersedia kerana masih ada rasa malu dan takut untuk berdepan dengan media. Baru sekarang saya berasa okey sebab saya dah kurang malu dan saya percaya dengan diri sendiri sekarang,” katanya.
Sudah lali dengan kecaman netizen sejak usia 12 tahun lagi, Cik B berkata dia sudah bersedia dengan kritikan netizen mengenai nyanyiannya itu. Bagaimanapun, Cik B akui ada menggunakan auto-tune pada nyanyiannya.
“Sejak berusia 12 tahun lagi saya selalu kena kecam. Jadi, sekarang sudah lali dengan kecaman. Saya bersedia untuk menyanyi secara ‘live’ kerana itulah suara saya, cuma saya hanya memakai sedikit ‘auto- tune’ kerana saya pelat ‘S’,” katanya
- SUMBER
- Harian Metro
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Ko gemok takut ke Sama bibik Kasi tendang itu Endon itu pun nak kena ajar
Buat habis data je lyn single enkau tu…byk lgi orang2 yg susah. Ko naik Bentley, duduk rumah banglo, ada maid.. lepas tu acah2 terkesan sma tekanan idop. Anak2 orang lain kasut sekolah pon recycle, jalan kaki berbatu nk pergi sekolah x kecoh pon dek.
Yg jd masaalah besar skrg…..vokal mcm Bam Jad tu dh knp? Akak mati2 ingat pondan yg bercakap dlm bideo ko tu.
Dah start dahhhh..mak kau kan kaya…pergi la Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental – Hospital Sungai Buloh
sorry yeew…mungkin kerana mak ko suker scam org dedulu kt gv pamoga la, qu putih la ko didera….kifarah menipu jual produk timbang kilo!?
Sorry dik.. akak x dpt nak terima lagu u.. x kisah lagu tu berkisar ttg ape sekali pun tp your voice is a complete turn off.. focus berlakon je la dik wpun akak x tgk gak.. sorry..
Rasanyer zaman dia kena dera tu masa DSV blom kaya…
Lagu x sedap. 10 saat akak ketik stop.,,lyn lagu Arianna Grande.
baik buat lagu nasyid setakat nak dengar kisah anak org have2 kena dera tak payah la lagi buat orang sume nyampah je :(
Memang, hidup senang bukan bermaksud takde masalah. Tapi dari kecil hingga dewasa? Jauh lagi perjalanan kau dik. Baru teenager, young adult pun kau belum sampai lagi.
Bnyk sgt berkongsi kisah hidup skg. Ada pekara keep it private. Tak rugi pun…
Kenapa nitizen selalu mengutuk seseorang, berilah sokongan dan mendoakan yang baik2 saja lah. Tajuk lagu nya ‘Tolong’, menandakan dia minta bantuan. Berilah bantuan, doakan yang baik2 dan berilah sokongan/pengertian. Itu saja yang dia mau.
mula2 si ayah keluar berita, nak jumpa anak2 tak boleh bagai… pastu keluar berita dsv & anak2 tak nak jumpa sebab takut… then few days ago, keluar lg berita yg cik b ni dah tak perlukan seorang ayah pastu lastly releas2ed lagu… adakah semua berita2 sebelum ni just untuk create publicity and then kemuncaknya release lagu…
Kalau org x tau , wajib diberitau?
bile tak bagitahu sibuk nak ambil tahu..bile bagitahu cakap bukak aib..semua jadi ustaz & ustazah malahan hari2 bukan rotikaya sibuk bace gosip artis..well orang malaysia memang pantas bab kritik walaupun kain sendiri koyak rabak..gudluck Cik B, orang malaysia ramai yg sakit.