Pelakon Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila namanya dipetik susulan isu tular yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Hanee lebih kesal apabila ada yang mendakwa dia tidak move on dengan kisah lama serta ada yang membandingkan ‘job’ diterimanya serta mengatakan dia tidak laku.
BACA:
Menurut Haneesya, dia mengakui kesilapannya lapan tahun lalu namun duit diperoleh diatas kerja kerasnya kini adalah untuk keluarganya serta meminta netien mempersoalkan rezekinya.

Haneesya turut berkata orang luar tidak tahu dia terpaksa tebalkan muka muncul di podcast serta memberitahu bahawa dia tiada job.

Katanya lagi, dia tidak kisah jika tidak banyak job diterima asalkan keluarganya cukup makan dan dia sudah bersusah payah bersihkan namanya daripada isu lalu namun netizen memetik kembali.
Berang dengan kata-kata negatif netizen, Haneesya berkata dia tidak akan memaafkan netizen yang mengungkit kembali isu berkenaan.