fbpx

“Orang Lain Kahwin, Kenapa Tag Aku?” – Shamsul Ghau Ghau

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pengakuan pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang mengesahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Bagaimanapun, apa yang lucunya apabila pelakon Shamsul Ghau Ghau turut terkena tempias apabila ada netizen yang ‘tersalah’ Syamsul.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shamsul meluahkan rasa hairan mengapa ramai yang ‘tag’ dirinya susulan isu Syamsul Yusof serta sempat berseloroh tentang berkahwin lagi.

Perkongsian Shamsul itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis serta netizen yang terhibur dengan posting tersebut. Tidak kurang juga ada yang bergurau mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.