fbpx

“Orang Bersalah Terlepas, Dapat Perhatian Di Televisyen”

Akibat namanya terpalit dengan kontroversi gambar bogel yang didakwa sebagai Atikah Suhaime dan Idris Khan, Ammar Alfian sekali lagi diuji apabila tersebar mesej di laman sosial kononnya dia menjalankan kegiatan mengugut individu tertentu bagi mendapatkan wang.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Idris Khan: Aku Islam Yang Tak Pernah Gentar

“Saya tidak ambil kisah apa yang orang nak tuduh tapi saya akan buat laporan polis tentang perkara ini. Saya mahu orang yang menuduh saya tanpa bukti akan terima akibatnya kerana dengan sewenang-wenangnya mengaitkan nama saya”

“Dari kes Idris Khan dahulu saya sudah minta mereka yang mengaitkan saya agar tampil dengan bukti tapi sampai sekarang tiada. Bila ada cerita buruk semua orang minta saya komen sedangkan saya tiada kena mengena dalam perkara ini”

“Orang yang bersalah pula terlepas dan terus mendapat perhatian di televisyen,” jelasnya kepada mStar Online. Enggan dikaitkan lagi, Ammar juga mempersoalkan kenapa kedua-dua wanita yang dikatakan menjadi mangsa itu tidak tampil untuk membuat laporan polis.

Tambah Ammar yang kini sudah pun meninggalkan dunia seni, dan sebolehnya tidak mahu perkara sebegini terjadi malah Ammar juga mahu kehidupan baru yang aman selepas mendirikan rumah tangga. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: Utusan Online