fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan pelawak Enot memuat naik foto di TikTok memaparkan kekasih hatinya dikenali sebagai Mr. Secret sekaligus menepis dakwaan pelawak itu bercinta dengan kaum sejenis.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Bagaimanapun, Enot meluahkan rasa kesal dengan tindakan netizen yang masih melemparkan tuduhan fitnah terhadapnya serta menegur ‘kaki’ fitnah ini yang terdiri dari golongan yang mengenakan hijab labuh.

BACA: Enot Kongsi Video Manis Dengan Kekasih, Bukti Ada Teman Lelaki

Malah, Enot turut meminta netizen kemukakan bukti bahawa dia dan individu yang didakwa kekasih sejenisnya itu hidup bersama.

“Ayat yang bercakap macam korang lah perfect! Yang mengata bukan main semua pakai tudung labuh tapi mengecam orang… anak perempuan ramai agaknya tak takut agaknya cakap macam tu. Kalau Allah tu nak duga baru kau tau macam mana.

“Patutnya doakan yang baik-baik,  ni tak cakap aku macam-macam. Cakap aku dengan Z nampak lagi kuat (hubungan) memanglah dah dia bff aku aku dari sekolah. Dah 26 tahun dah kawan, agak-agaklah.

“Ada bukti ke aku ni hidup dengan dia macam laki bini? Tak ada bukti jangan main sebut je. Yang tempuh kehidupan ni aku bukan korang jadi jangan cakap macam-macam, macam lah aku tak ada perasaan. Buanglah otak toksik korang tu jauh-jauh ye,” tulisnya.

Dalam pada itu, Enot berkata dia enggan memberi penjelasan lanjut mengenai hubungannya bersama kekasih hatinya itu. Malah, dia tidak kisah ada tuduhan mengatakan dia menyayang kekasihnya itu untuk menutup fitnah.

“Cakaplah apapun kau orang dengan mindset macam tu, sekarang tahun 2023 dua benda je berleluasa fitnah dan sihir. elok orang tu berjanggut kau kata perempuan fitnah dah tu. Tak kan aku nak tunjuk burung pula? Nanti kau orang kata buat operation lah.. jadi jalan dia tak payah cakap atau explain apa-apa.

“Teruskan membuat dosa inshaa-Allah aku akan diberikan nikmat dari fitnah dan cacian kau orang. Alhamdulillah pengakhiran setiap orang tak sama, aku bersyukur sentiasa diberikan ujian kerana aku tahu Allah sayang dekat aku! Biar hina disisi manusia jangan hina disisi Allah!,” tulisnya.