fbpx

Baru-baru ini, seorang pendakwah terkenal memberi teguran terhadap wanita yang berniqab supaya tidak memakai mekap berlebihan pada bahagian mata sehingga boleh menarik perhatian lelaki.

Perkara itu mendapat perhatian pengarah terkenal, Michael Ang yang berpendapat wanita yang berhijab dan berniqab sepatutnya dipuji serta mendoakan yang baik-baik dan bukannya mengkritik.

BACA: “Mustahil Nak Lakukan Babak Kahwin Dengan Jarak Empat Meter” – Michael Ang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Setahu saya, bila orang dah berhijab atau berniqab, kita patut puji dan mendoakan baik-baik. Tapi, di Malaysia ni, ada sahaja yang tak betul sehinggakan orang dah berniqab pun nak complain mata orang tu menggoda,” tulisnya.

Menurut Michael lagi, tiada masalah jika mereka yang berniqab mahu menyolek di bahagian mata. Ujanrya, jika mata seseorang itu ‘tidak cantik’,  tidak timbul isu godaan meskipun ianya disolek dengan cantik.

“Kalau mata tak cantik, make up celak bedah mana pun tetap tak akan cantik. Dah tak bermekap mata, tapi tuhan bagi mata yang cantik, nak buat macam mana? Takkan nak jadi macam Kassim Selamat, ambil garfu dan cucuk mata dia?” tulisnya.

Dalam pada itu, Michael berkata banyak lagi masalah dunia lebih besar yang perlu diberi perhatian yang belum dapat diselesaikan berbanding isu berkenaan.