“Mustahil Nak Lakukan Babak Kahwin Dengan Jarak Empat Meter” – Michael Ang
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai video memaparkan adegan mesra antara Emma Maembong dan Shah Jaszle ketika menjalani penggambaran drama berjudul Mati Pucuk.
Memetik mStar Online, pengarah drama tersebut iaitu Michael Ang berkata dia tidak mengetahui mengenai penularan video itu.
BACA: Menari Sambil Peluk, Aksi Mesra Emma Maembong & Shah Jaszle Dikritik
“Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini sebab tidak tahu apa-apa malah tidak melihat sebarang video seperti diperkatakan,” katanya.
Bagaimanapun, Michael menjelaskan Emma dan Shah mengenakan busana pengantin bagi menjayakan salah satu babak perkahwinan dalam drama tersebut. Jelasnya, mereka perlu dilihat mesra bagi menjayakan watak yang dilakonkan seperti pasangan yang baru berkahwin.
“Memang mereka ketika itu sedang menjalani penggambaran babak sesi fotografi perkahwinan. Mustahil kita hendak melakukan babak perkahwinan dengan jarak empat meter,” katanya.
Dalam pada itu, Michael enggan mengulas lanjut mengenai kritikan netizen berhubung aksi mesra kedua pelakon itu yang yang dikatakan melampaui batas memandangkan mereka sudah berkahwin.
“Saya tak tahu apa-apa, kalau ada video itu mereka rekod sendiri, tiada kena mengena dengan saya. Sekiranya tak mahu melihat, tonton siaran TV Al-Hijrah,” katanya.
Terdahulu, tular video memaparkan Emma dan Shah Jaszle berpelukan mesra sambila menari mengenakan busana pengantin menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Kemudian, muncul pula video mendakwa Emma menepuk punggung pelakon lelaki itu sehingga mengundang kritikan ramai.
- SUMBER
- mStar Online
Selama ni bnyk je drama psl cinta dan kahwin xde nk peluk2 berdansa berdosa pun sampai jugak feel dia! Citer Mat Kilau tu xde Beto nk peluknsi Zarina yg mati kena bunuh tu pun sedih jugak org tngk! Jgn bg alasan bodoh laa Mike. Ko dgn pengarah level2 ko mmg tahap tu jek laa!
Setuju dgn ko Apoooo, kalau Si Samsol tu nk buat bole je dia arah si Beto tu pikul si Zarina yg berlumuran darah tu utk tambah nmpk lg sedih dan pilu tp cukup dgn fokus pd air muka Beto je dah bole buat penonton terasa sedih. Lg pun sejak bila pulak laa menari dlm majlis kwin ni jd adat org melayu?! Mmg benda pengarah jek yg lebih2 nk portrait konon nk nmpk liberal sngt…
Babak majlis kahwin x semestinya ada aksi peluk kan? Blh faham kan that the characters are married even without touching.
Wait a minute! I have a better idea. Y stop at peluk2 in wedding??
Y not tunjuk jugak aksi mlm pertama utk bg feeling sampai. Nak sgt fefeeling kan?
ikut perkahwinan budaya barat mmg tiru bulat2 ke sampai real peluk nye..kate berlakon??
netizen kecam2 pn tp tgk jgk..hahaha
tp aku dh lme boikot citer pakcik ni..
Babak malam pertama xde ke..nak tengok gak..camne pengantin perempuan mendesah bg hayati watak
Ko xnk ke buat drama peluk si Vida tu Mike? Ko dgn dia mmg sama level kuat propa! Apoo…
Sekiranya Michael Ang kata xkan nk jauh 4 meter, saya syirkan Michael dalami hukum Islam lagi. Kamu masuk Islam tapi mencemuh hukum Islam yg suci. Kalau tengok cara maembong (isteri org) dan jazlee berpelukan itu budaya bukan Islam iaitu budaya kristian dgn keadaan baju yg buka aurat dgn membenarkn lelaki lain yg bukan suami berpelukan. I suggest, sebelum nk buat apa apa adegan, tolong rujuk hukum dulu. Jgn cemarkan Islam. It’s not that about 4meters, Michael…it’s about Islam. Jgn cemar agama. Kalau haram tetap haram. Yg haram xde berkat.
Mana best Emma, peluk suami sendiri ke peluk suami org?!! Your husband love to see you like this, ya. My wife kena peluk erat hidung bertemu pipi….bestnya. husband I pun buat camni.
Ini lah antara punca artis cerai berai…terlalu sosial hingga lupa balasan akhirat.
X ada dlm fkiran ke..kalo suami emma atau istri shahz jasle tengok bepelukan2 tu…balik rumah pasangan tarik muka..masam muka akibat cemburu…x bepeluk pun watak ttp hidup dan nmpk real….sja ambil ksmpatan..