Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Wani Comel yang membuat pendedahan mendakwa diperdaya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Susulan pendedahannya itu, pelbagai kecaman dan hinaan dilemparkan terhadap gadis berusia 23 tahun itu. Tidak tahan dengan kata-kata hinaan orang ramai, Wani memberitahu akan mengambil tindakan terhadap netizen.
BACA: Wani Comel Hidap Komplikasi Jantung Bengkak
Memetik portal Astro Gempak menerusi #PMTepiKakGee, seorang netizen menggelarkan dirinya sebagai Iman berkongsikan pendapatnya tentang Wani Comel.
Lelaki berusia 29 tahun berkongsi cerita berat badannya pernah mencecah 130kg berkata dia juga pernah berdepan kesukaran untuk berjalan. Ujarnya hampir dua tahun barulah dia boleh berjalan dan beratnya kini 90kg.
Ujarnya, tidak salah untuk netizen memberikan padangan mereka masing-masing berkenaan Wani tetapi janganlah terlalu kasar tanpa mempedulikan perasaan seseorang.
“Bagi saya kalau boleh nak bagi pandangan tapi jangan terlalu kasar hingga mengguris hati budak tu. Awak semua tak tahu bagaimana tertekannya bila berat badan begitu hingga sukar bergerak. Tuhan sahaja tahu,” katanya.
Selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru, Rabu lalu Wani mengesahkan dia menghidap komplikasi jantung bengkak.