Inilah masanya gais! Anak-anak muda sekarang ini dah bolehlah tunjukkan bakat kreatif anda tu dalam projek HP Mentorship ini. Jangan ditangguh-tangguh lagi tau!
Untuk info anda, 11 mentee akan dipilih untuk menyertai peluang mentorship ini di bawah pengawasan bintang pop Malaysia Zee Avi, penerbit muzik Daniel Veerapen, dan pengarah kreatif berwawasan Edwin Raj dari 33.3 Studio.
Apa yang paling best, sebagai sebahagian daripada program, setiap mentee akan menerima komputer riba HP yang menakjubkan dilengkapi dengan inovasi yang padu.
Macam yang anda tahu, projek HP Mentorship ini bertujuan untuk membantu mewujudkan lebih banyak bakat-bakat kreatif anak muda ke tahap yang baharu.
Dalam masa yang sama sekaligus dapat mengetengahkan lagi kreativiti di kalangan belia negara yang semakin bijak dan power dalam menggunakan komputer riba HP ni. Sebab tu untuk tahun ini, projek HP Mentorship kembali lagi.
Mentor Bukan Calang-calang Tau!
Untuk kali ini ada tiga orang mentor yang sangat terkenal yang akan membantu kongsikan dengan anda ilmu yang tak akan dapat di mana-mana dengan mudah tau.
Kita ada pencipta lagu terkenal Zee Avi, yang terkenal dengan kerjaya muzik rakyat dan popnya; komposer dan penerbit prolifik; Daniel Veerapen yang akan membimbing pengeluaran muzik dalam program Mentorship ini, yang pernah bekerja untuk pemarkahan filem, rancangan TV, dan menghasilkan muzik untuk berpuluh-puluh artis tempatan dan antarabangsa; serta pemenang anugerah pengarah kreatif, Edwin Raj dari 33.3 Studio yang terkenal dengan produksi audio dan visualnya bersama artis popular di seluruh rantau ini!
Fuh, bukan calang-calang mentor kita kali ini ya. Rugi sangat kalau anda tak nak jadi mentee dorang. Boleh cedok ilmu baharu lagi.
Peluang untuk Anak Muda!
Projek Mentorship HP dah sedia nak tawarkan peluang kepada anda yakni golongan muda Malaysia yang bersemangat mencipta karya seni audio atau visual menggunakan teknologi PC berkuasa tinggi iaitu HP!
Kami pasti anak-anak muda sekarang ini lebih berbakat dan kreatif sangat kalau gunakan teknologi gajet ni. Macam yang Pengarah Urusan HP Inc. Malaysia, Alex Tan ada cakap yang remaja masa kini lebih ‘berkuasa’ daripada sebelumnya dalam membuat karya dan seni yang bermanfaat bagi anda. Yang ini kami setuju sangat!
Dah alang-alang anda kreatif, apa kata anda grab peluang keemasan ini untuk sertai projek HP Mentorship ini.
Pengalaman real dibimbing secara peribadi oleh ketiga-tiga mentor yang kami sebutkan di atas tadi, ‘ditemani’ pula dengan teknologi komputer riba generasi terbaharu HP Malaysia, sudah tentu ini permulaan baik untuk anda lebarkan sayap dan luaskan bidang kreatif anda tu. Pasti padu lah!
Projek HP Mentorship ini juga terbuka untuk anda yang ada bakat dan kreatif dari semua latar belakang dan tahap kepakaran tau.Jadi, apa yang anda perlu buat kalau nak sertai projek ini? Jeng, jeng, jeng…
Jom, Sertai Lekas!
Bakal mentee dikehendaki mengemukakan permohonan dan portfolio anda melalui tapak kempen bermula dari 15 Oktober hingga 30 November 2021.
Mentee juga akan ‘bekerja’ dengan HP Specterx360 14, peranti yang boleh ditukar dengan 20% skrin lebih tinggi, atau HP Envy 15, yang dilengkapi dengan HP Smart Sense dan Focus Mode, untuk memperkuat lagi perjalanan kreatif anda dan memulakan karier di bidang yang anda pilih nanti.
Amacam gais, gempak kan?
Ikuti Langkah Mudah Ini
Jadi anda ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk sertai projek HP Mentorship ini okay!
Langkah 1: Lawati https://reinvent.hp.com/Mentorship2021.
Langkah 2: Hantar permohonan anda melalui link dan muat naik atau kongsi link portfolio anda dengan karya asal anda seperti yang diminta 30 November 2021.
Langkah 3: Mentor secara peribadi akan memilih mentee untuk mengikuti program bimbingan berdasarkan permohonan anda. Semoga berjaya!
Eh, jangan lupa kongsikan berita baik ini dengan rakan-rakan yang lain tau. Inilah masanya untuk anda bersinar! Bak kata Rihanna, shine bright like a diamond gitu…