fbpx

OMG geng, pelancaran OPPO baru ini baru sahaja berlangsung. Apa yang best nya, kali ni memang betul-betul girlfriend korang akan senyum lebar. Kotak OPPO x Shiseido bukan sahaja ada telefon OPPO semata-mata.

Selain daripada korang dapat OPPO Reno6 Z 5G, satu kotak hadiah OPPO Reno6 Z x Shiseido Edisi Terhad, satu sarung telefon OPPO Reno6 Z x Shiseido Edisi Terhad dan satu produk kosmetik Shiseido bernilai sehingga RM450 akan jadi milik korang juga.

Bila korang beli jer OPPO Reno6 Z x Shiseido Limited Edition Gift Box ni, secara automatiknya korang layak sertai Win & Free untuk dapatkan hadiah Xmas bernilai RM210.

Senang jer korang sertai Win & Free ni, korang terjah jer mana-mana kedai OPPO, OPPO Official Online Store atau melalui Shopee dan Lazada.

Siap Ada Cabutan Bertuah Lagi

Kalau korang nak tahu, pelanggan terpilih yang membeli OPPO Reno6 Z x Shiseido akan berpeluang memenangi full-size foundation. Di mana korang boleh pergi ke mana-mana daripada 3 kedai Shiseido untuk mendapatkan perundingan percuma untuk memilih warna foundation yang betul.

Ha sebelum kami terlupa ni cara nak sertai full-size foundation daripada pihak Shiseido.

1. Isikan butiran dalam Google Form bersama-sama dengan bukti pembelian.

2. Tunjukkan bukti penyertaan winners korang di kedai Shiseido untuk ditebus.

3. Peraduan akan tamat pada 31 Disember ini.

4. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh 14 hari selepas peraduan tamat.

Tawaran Shiseido Eksklusif Untuk OPPO Members

Memandangkan kali ini OPPO dan Shiseido berkerjasama jadi sudah tentulah ada keistimewaan untuk members OPPO.

Kali ini kalau korang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 korang bakal mendapat rebat sebanyak RM50 secara dalam talian. Jangan tak tahu keistimewaan ini akan bemula pada 11 Disember dan tamat pada 31 Januari 2022.

Nak menang hadiah dari Shiseido, jom ikuti langkah ini.

1. Redeem kod di My OPPO App

2. Dapatkan rebat RM 50 dengan perbelanjaan min RM 300 di kedai dalam talian mereka DI SINI

4. Dihadkan kepada 200 unit

* 1 penebusan bagi setiap akaun My OPPO App, setiap penebusan akan dikenakan kos 100 mata.

Nak Dapatkan Shiseido Ultimune Sampling Kit Secara Percuma?

Geng OPPO kali ni mesti happy. Mana taknya beli OPPO tapi dapat pelbagai hadiah menarik dari Shiseido. Kali ni korang boleh dapat Shiseido Ultimune Sampling Kit secara percuma. Tapi korang kena ikut syarat ini untuk dapatkan hadiah ini.

1. Redeem kod di My OPPO App

2. Tebus hadiah dengan menunjukkan kod kepada wakil jualan di cawangan Shiseido yang mengambil bahagian seperti Butik Shiseido Sunway Pyramid, Kiosk Shiseido Mid Valley dan Butik Shiseido Suria KLCC sahaja.

3. Peraduan bermula dari 11 Dis 2021 hingga 28 Feb 2022

* 1 penebusan bagi setiap akaun My OPPO App, setiap penebusan akan dikenakan kos 100 mata.

Bukan ini sahaja yang korang boleh dapat dari Shiseido, korang juga berpeluang memenangi 4-pcs gift dengan pembelian min RM380 daripada Shiseido. Nak grab semua ni korang jangan sesekali lupa langkah ini.

1. Redeem kod di My OPPO App

2. Beli mana-mana produk Shiseido dengan perbelanjaan minimum RM 380

3. Tunjukkan kod kepada wakil jualan di cawangan Shiseido yang mengambil bahagian seperti Butik Shiseido Sunway Pyramid, Kiosk Shiseido Mid Valley dan Butik Shiseido Suria KLCC sahaja.

4. Bermula dari 11 Dis 2021 hingga 28 Feb 2022

* 1 penebusan bagi setiap akaun My OPPO App, setiap penebusan akan dikenakan kos 100 mata.

Kalau itu yang OPPO members dapat bila membeli set yang super duper wow ni. Kali ini giliran Shiseido members pula rembat hadiah daripada OPPO.

Ahli Shiseido yang membeli OPPO Reno6 Z x Shiseido Limited Edition Gift Box layak mendapat rebat RM50 antara 11 Disember 2021 dan 31 Januari 2022 apabila korang menunjukkan keahlian Shiseido dan kod rebat RM50 akan dihantar melalui EDM kepada wakil jualan OPPO yang menyertai, terhad kepada 200 unit.

Antara barangan yang korang akan dapat adalah mana-mana Siri OPPO Reno6, OPPO Enco Buds, OPPO Enco Air; dan OPPO band.

Cara menebus:

Tunjukkan keahlian EDM dan Shiseido korang di kaunter OBS untuk menggunakan kod rebat RM50 tersebut.

Amacam peminat setia OPPO, rancak tak rancak hadiah-hadiah kalini? Memang betul-betul berbaloi lah bila korang grab OPPO Reno6 Z x Shiseido Limited Edition Gift Box kali ni.

Tunggu apa lagi jom beli sekarang DI SINI.

Tapi sebelum tu, jom kita usha-usha dulu apa yang best pasal OPPO Reno6 Z 5G. Dengar cerita telefon canggih keluaran OPPO ni merupakan photographer yang paling pro. Kiranya sekali snap gambar tu terus on point. Betul ke?

1. Visual Potret Lebih Menawan Dengan Fungsi Bokeh

Gambar potret korang akan lebih cun lepas ni dengan penggunaan bokeh pada kamera depan dan belakang OPPO Reno6 Z.

Dengan hanya satu klik, ciri ini secara automatik akan mengubah lampu pada latar belakang di tempat cahaya untuk jadi bokeh dan mencerahkan subjek potret. Teknik ini akan memberikan gambar yang super duper wow! Tak percaya korang kena cuba.

Bokeh Flare Portrait boleh digunakan untuk merakam pemandangan malam seperti pemandangan malam di bandar, makan malam yang romantis, pesta Krismas, atau pemandangan siang seperti tepi tasik, taman, hari hujan dan banyak lagi lah yang akan buatkan panorama korang nampak lagi cun.

Kiranya dengan Bokeh Flare Portrait yang ada pada Reno6 Z ni akan jadikan gambar korang sama macam guna kamera DSLR. Boleh lah acah-acah macam dalam studio.

2. Semakin Jelas Dengan Ultra-Clear 108MP

OPPO Reno6 Z dilengkapi dengan kamera utama resolusi ultra tinggi dan algoritma resolusi yang dapat menghasilkan resolusi gambar sehingga 108MP.

Dengan menggunakan OPPO’s exclusive Image Clear Engine dan color temperature sensor, dapat fokus daripada mula korang on kamera. Ciri ni dapat pastikan gambar pergerakkan cepat sentiasa jelas dan stabil.

3. Flash Snapshot

Gambar-gambar yang memerlukan pergerakan, macam gambar candid si manja korang tengah bermain ker. Bila korang on jer mood flash snapshot ni gambar candid tersebut tak akan blur.

Flash Snapshot yang ada pada OPPO Reno6 Z akan membantu korang menangkap gambar candid yang penuh dengan gerakan menjadi cantik dan lebih tertumpu kepada objek. Jadi boleh lah, rakam memori paling bernilai bersama si cilik korang.

4. Portrait Beautification Video

Dengan menggunakan Portrait Beautification video yang menggabungkan pengecaman sehingga 193 titik ciri muka utama untuk video.

Menyampaikan kesan pengindahan halus dan semula jadi untuk video potret korang. Jangan tak tahu fungsi ini juga mampu buatkan korang cantik menawan di dalam video di mana ia akan mengekalkan ciri semulajadi wajah korang tapi dalam masa yang sama sedikit editing telah berlaku.

Fuhhh bukan main lagi ciri-ciri OPPO Reno6 Z ni. Nampaknya telefon pintar ini akan dimiliki oleh ribuan wanita. Mana tak nya ciri fotografi pun dah memukau. Mustahil wanita yang gemar bergambar nak tengok sahaja kan!