fbpx

OMG! Bayar Gas Memasak Petron Guna E-Wallet Jer Sekarang?

Pernah tak berada dalam situasi anda nak bayar e-hailing atau delivery, lepas tu duit berterabur. Ergh, masa tu memang betul sakit hati nak kutip duit yang jatuh tu. Lecehnyaa kan?

Apa yang anda nak baca selepas ni pasti akan membantu anda memudahkan urusan seharian anda. Nak tahu apa? Scroll kat bawah ni.


Tak Payah Cash, Guna E-Wallet Jer…

Petron Malaysia kini menawarkan pilihan pembayaran tanpa tunai kepada pembeli gas memasak LPG, Petron Gasul mereka. Petron Malaysia sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan anda. Jadinya, mereka manfaatkan perubahan ini ke arah pembayaran secara digital untuk anda.

WOW! So lepas ni dah tak payah berada dalam situasi memalukan macam tadi kan?


Nak nak pulak dengan situasi COVID-19 sekarang ni. Kita kan masih dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga Disember ni, jadi anda boleh kurangkan pergerakan dan sentuhan fizikal sebagai langkah berjaga-jaga.

Apa yang bestnya, Petron Gasul sekarang boleh dibeli dengan menggunakan e-wallet seperti Boost, TnG, Grabpay, Maybank QRPay, MBSB, MCash, Alipay dan UPI QRPay. Kami berani guarantee yang anda mesti ada salah satu aplikasi ni kan? Kalau tak ada tu baik download sekarang untuk mudahkan anda!

Anda boleh membuat pesanan silinder Petron Gasul ini melalui pengedar Petron LPG di kawasan anda dan pilih jer mana-mana aplikasi e-wallet yang tersenarai untuk membuat pembayaran. Semudah ABC kan?

Kalau tak tahu nak order di mana, boleh ke Facebook Petron dan berbual dengan Chatbot mereka, “Tania”. Tanya tentang Gasul, masukkan alamat anda, dan “Tania” akan pilih pengedar yang terdekat dengan anda!

So gais, pasni tak payah susah-susah nak sediakan cash, E-wallet kan ada!

#PetronGasul
#PetronFuelHappy