Tahniah diucapkan buat pelakon Oktovia Manrose yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 6 Disember lalu.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Oktovia menerusi Instagram serta meluahkan rasa syukur diberi peluang dan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi selepas 11 tahun.
BACA: “Berkat Doa Bapa, Dia Menjadi Asbab Saya Mendapat Hidayah” – Oktovia Manrose
View this post on Instagram
“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Dec 22 jam 20.40 malam.
“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang,” tulisnya.
Menerusi perkongsiannya itu, Oktovia turut berjanji akan mendidik cahaya matanya itu dengan didikan agama yang sempurna serta menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta.
“Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah. Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu.
“To my love, @khairulefsan Terima aksih menjadi pasangan dan ayah yang baik buat anak kita. Awak sangat istimewa buat saya dan juga kekuatan saya,” tulisnya.
Oktovia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Mohamad Khairul Efsan Md Isa pada 21 Disember tahun lalu.
Terdahulu, Oktovia pernah berkahwin pada 2011 namun bercerai pada 2015. Pasangan itu dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain kini berusia 11 tahun.