fbpx

Kini sudah berhijrah ke arah lebih baik dan berhijab, pelakon Oktovia Manrose berkata penghijrahannya itu adalah berkat doa bapanya, penyanyi dangkut terkenal, Iwan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Oktovia berkata bapanya menjadi asbab dia menerima hidayah untuk berubah.

BACA: Tolak Watak Daring, Oktovia Manrose Dengar Cakap Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.

“Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa,” tulisnya.

Menurut Oktovia, dia pernah bertanyakan kepada dirinya sendiri sama ada sempat ataupun tidak untuk berubah menjadi serta menerima pengampunan daripada Allah.

“Dulu pernah bertanya pada diri sempat kah aku? Allah terima ke aku?  Sentiasa la bersangka baik dengan Allah. Dan percaya bahawa Allah akan terima setiap doa umat Nya yang benar-benar ikhlas. In Shaa Allah. 

“Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat redha Allah. Bukan saja dari banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi dari istiqomah dalam melakukan kewajipan kita pada Allah SWT,” tulisnya.

Diakhir perkongsiannya itu, Oktovia turut berdoa agar keluarganya terus istiqamah dan mendapat pengakhiran yang khusnul khatimah.