Bulan lalu nama pelakon Nynna Harizal hangat diperkatakan susulan kontroversi rumah tangganya. Bagaimanapun, Nynaa akhirnya kembali taat kepada suaminya, Fahmi Elias.
Menerusi Instagram, pasangan itu dilihat semakin bahagia dan tidak lokek berkongsikan momen mereka bersama di media sosial.
BACA: “Saya Terlalu Sayangkan Suami, Hanya Ajal Boleh Memisahkan Kita”
Baru-baru ini perkongsian Nynaa menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama suami menaiki pesawat peribadi ke Pulau Pinang.
View this post on Instagram
Nynaa dilihat tersenyum bahagia bersama suami dan berkongsikan momen menikmati makanan popular di negeri tersebut.
Perkongsian Nynaa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang gembira melihat rumah tangga pelakon itu kini bahagia serta mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Nynaa meluahkan rasa syukur doanya untuk kembali bersama suami dimakbulkan Allah. Kata Nynaa lagi dia terlalu menyayangi suaminya dan hanya ajal boleh memisahkan mereka.