Nampaknya kemelut rumah tangga pelakon Nynna Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi sampai ke penghujungnya apabila pasangan itu mencapai persetujuan untuk berbaik.

Memetik laporan mStar Online, pasangan tersebut hadir menaiki kenderaan yang sama ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi tadi bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.

BACA: Tak Dera Emosi & Fizikal, Suami Nynaa Harizal Ada Bukti Kemesraan Mereka

Peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menyatakan hubungan berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz.

“Kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak. Antara terma-termanya akan diberitahu melalui sidang media akan datang.

“Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyuz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama. Alhamdulillah rumah tangga mereka dapat dipelihara dengan izin Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata dia akan menjelaskan apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka secara terperinci kepada media tidak lama lagi.

“Apa yang penguam saya cakap adalah benar, kami akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat. Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood… ini adalah drama Bollywood 3 in 1.

“Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok,” katanya.