fbpx

Nynaa Harizal Sahkan Sarat Hamil Anak Sulung

Sebut saja nama Nynaa Harizal, pasti ramai ingat dengan kemelut rumah tangga pelakon itu yang menjadi perhatian ramai dua tahun lalu. 

Lama tak dengar cerita mengenai pelakon itu, memetik Utusan Online, Nynaa dilaporkan sedang hamil anak sulung dan usia kandungan sudah mencecah hampir sembilan bulan.

BACA: Hubungan Dengan Ibu Bapa Dah Tak Rapat, Suami Keutamaan Nynaa Harizal

Nynaa mengesahkan perkara itu ketika menghadiri sebuah majlis hiburan, baru-baru ini.  Bagaimanapun, Nynaa yang dilihat berseri-seri belum bersedia untuk ditemu bual mungkin kerana belum bersedia.

Nynaa berkata lagi, apabila bersalin kelak dia akan mengumumkan mengenai perkara itu serta jantina anak sulungnya itu kepada umum.

Terdahulu, rumah tangga Nynaa dan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas berdepan konflik apabila dipercayai terdapat campur tangan keluarga dalam perkahwinan mereka.

Nynaa kemudian memfailkan perceraian pada November 2021 namun pelakon itu kembali taat kepada suaminya.